Pages

Pahit Pengalaman Adalah Ubat Kehidupan...

Followers

Anda akan dijejaki!!!

Sunday, November 14

Kisah MTest & Aku

Assalamualaikum... 


13 nov pagi... ujian Mtest untuk lepasan degree yang tingin nak jadi cekgu... Dan semestinya laa bukan aku yang amek test 2 sebab aku dah lepas ujian INSAK masa bulan 8 hari tu...  MTest sebenarnya tak de kaitan pon dengan aku... hehe..

so sekarang ni time Jaja plak nak apply cekgu sekolah rendah sebab KPLI bkn DPLI... Kekosongan tak banyak sb aku tengok banyak untuk SJKC dengan SJKT je. SJK tak banyak subjek yang best dan sesuai untuk Jaja.. So dia apply Math SJKC.. Naseb laa kan...

Sampai je kat IPG Sultan Mizan tu, mak datok.. banyak benar ropenya lepasan degree ni yang teringin nak jadi cekgu... ni baru 1 IPG.. tak cek lg IPG laen kan... and i wonder why diorang nak jadi cekgu lepas daa berpenat lelah abeskan degree dalam cos laen...

aku penah tanya budak DPLI yang satu praktikal dengan aku dulu... Nape dah keje bgus gaji bgus tapi apply DPLI juak. nak taw jawapannya... sangat simple.. 

"SEBAB KERJA AKU SEBELUM NI SANGAT MEMENATKAN. 
JADI CIKGU RELEK SIKIT. TAK PAYAH KUAR PAGI BALIK MALAM.
KENA BAWAK BALIK KEJE KAT RUMAH LAGI"

adoiii... memang laa aku tak puas ati kan dengan jawapan tu.. Tapi naseb laa.. Daa rezeki diorang dalam bidang pendidikan... Kalo nak bahaskan isu pendidikan atau isu cikgu ni memang banyak laa aku tak puas hati kan... Kejap lambakan, kejap kekurangan, GSTT lagi, DPLI lagi, berperingkat-peringkat pulak... Ape pon kena sabar je laa... SABAR ITU INDAH...

dan sambil aku tengok orang-orang yang dalam kekalutan nak masuk dewan amek ujian MTest tu, aku brkata dalam hati dan telah diluahkan di blog ini "i'm proud that i'm teacher to be". memng laa aku tak jadi cekgu lagi.. Tapi sekurang-kurangnya aku memang dalam aliran PENDIDIKAN... 

Siapa kata jadi cekgu ni snang?
Siapa kata jadi cekgu ni tak mencabar?
Siapa kata jadi cekgu ni tak glamer?

Kalo tak de cekgu dalam hidup kita semua, kita tak mungkin berada dan berjaya seperti kita yang sekarang ni...

aku penah dapat soalan mcm ni masa interview untuk biasiswa KPM.. "Apakah ciri yang paling penting yang perlu ada dalam diri setiap guru" Jawapan yang dia nak dan paling tepat adalah "SABAR"

lagi 1 soalan yang aku ingat. "Apakah perbezaan antara CIKGU dan PENDIDIK" Jawapannya.."Cikgu cuma title dan pendidik mewakili TANGGUNGJAWAB dalam bidang pendidikan.

Marilah kita bersama-sama memartabatkan profesien perguruan... harap-harap pagi nanti sampai laa surat.. Amin...=)

kalo cekgu nsem cam ni student mesti tangkap cintun kan?

Salam Sayang,

Friday, November 12

Behind the Freedom of a Kite...

Assalamualaikum, salam hari jumaat....



idea nie aku dapat masa tengok citer cina tengah malam kat ntv7. sape lagi tengok???

Tajuk konon nak omputih kan.. kalo entry pon aku buat dalam bi alamatnya hancur laa entri aku ni... grammar aku mau hancur... malu aku 7 keturunan nanti...

ok2.. back to the topic... kalo kita tengok layang-layang yang terbang bebas kat udara nak2 kalo yang diterbangkan di tepi pantai, mesti kita pon nak jadi macam layang-layang tu kan. hidup bebas je...  terbang je ke mana-mana je angin bawa kita...

Punca kita berperasaan macam tu??? Mungkin kita pikir hidup kita nie tak cukup bebas macam orang lain. Mungkin kita rasa hidup kita nie terlalu dikongkong oleh family atau sape2 je yang sebenarnya sangat mengambil berat dan sayangkan diri kita ni.

Contoh aku je laa kan.... kadang-kadang rasa macam nak jerit "i'm not a child anymore" kadang-kadang je laaa.. Sebab kadang-kadang rasa tak bebas. Nak buat apa-apa, nak g mana-mana semua terbatas. Aku tengok kawan-kawan aku boleh je buat apa yang diorang suka... Tapi bila fikir-fikir balik, semua ni untuk kebaikan diri aku jugak... 

Tapi aku tetap nak jadi mcm layang-layang yang dikawal haluannya oleh tali yang panjang... makin tinggi dia terbang, makin cantik kan...  So, sape cakap layang-layang pon bebas... Layang-layang yang korang nampak cantik terbang bebas pon dikawal oleh tali yang teramat panjang...

Dan aku teramat bersyukur sebab hidup aku dikawal sejak kecik lagi oleh parents aku. Cuba laa bayangkan, kalo aku ni hidup tanpa kongkongan, sangat bebas, tak mustahil aku sekarang ni dah jadi gadis liar.. Betol.. aku tak tipu... sebab aku ni pon jenis yang mudah terpengaruh... Tapi kebebasan dan kongkongan yang aku dpat adalah seimbang... thanx to my parents... 

sebenarnya, bukannya angin je yang kawal layang-layang tue. Tali pon penting kalo nak layang-layang yang kita maen 2 terbang cantek kan... dan aku harap tali tu akan terus mengawal hidupku supaya aku pon dapat terbang cantik melayari kehidupan ku ini...

Ibaratnya, 
Layang-layang = Aku
Tali = Parents ku
Angin = External factor

Aku pon tak tau apa yang aku daaa merepek kat atas tu. sekadar luahan rasa hati aku.. idea kuar dari kepala dan hati... hehehe... tentang hidup aku jugak...

p/s: nak bertindak ingat laa orang yang tersayang... =)

Salam sayang,

Thursday, November 11

2nd Giveaway (6th-12th Nov 2010) from Feltralicious

Salam...

1st of all, happy belated birthday to the blog owner of Feltraliciuos.. Felt crafts are very famous nowadays...
Dear Wan, may all your dreams and wishes come true. =)

 hopefully i'm the lucky one who will get the nice pouch...
sangat cantek wooo....
those who wanna join this GA, just click at the pic above...


salam sayang,

Contest My Bestfriend ^_^




Assalamualaikum....


hehe... nak join contest lagi... aku ni pantang betol nampak contest kan.. contest kali nie dianjurkan oleh Cik Bulat.. tapi tuannya aku tengok tak bulat pon. bulat aku lagi..

Tapi kalo nak join contest kena masuk SINI pulak..

Syarat dan peraturannya senang ajer. sebab tu laa aku join...

  1. Terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina.
  2. Gambar tidak terlalu seksi dan ganas.
  3. Tidak kisah berapa orang pun dalam gambar tapi makesure mereka ialah bestfriend kau orang.
  4. Persahabatan berlainan jantina diterima. [ jangan pula hantar gambar kau orang dengan couple/isteri/suami ] hehe.
  5. Pastikan banner di atas diletakkan dalam post entry kau orang tentang penyertaan kau orang. 
  6. Maklumkan pada aku tentang penyertaan kau orang dalam comment entry ini beserta URL blog kau orang okeh.
  7. Hantarkan satu gambar yang kau orang rasakan terbaik. SATU ONLY.
  8. Explain tentang gambar dan ceritakan tentang bestfriend kau orang :) 
 Rasa-rasanya aku memang ckup syarat nak join...

 terbaik ke gambar ni???. sengal je muka sesorang kan...

tengok tarikh 2. bulan may lepas... dr klang aku ke wangsa maju..
gmbar nie masa kitorang tengah maen tembak-tembak kat tempat game jusco wangsa maju...
 haha... hajat di hati kunun nak maen netball jer.. last2 semua game kitorang bedal.. kalah budak-budak kat sana.
 memang candid habes laa gmbar ni tak sempat aku nak control ayu sikit..
 dari kiri: tuan blog a.k.a liya @ yana dan kawan aku namanya mas ida norani... sngat tinggi macam model u...
 kitorang kenal since 2005 masa kat matrik kedah. she's my roomate ms kat matrik..

Kapal yang tak pernah karam adalah FRIENDSHIP...
 may our friendship last forever...

siapa2 nak join sila la klik kat gmbar banner atas skali 2...

siapa-siapa yang ternampak entry ni jom laa join bersama-sama. tarik tutupnya esok. 12 nov 2010.
nak tahu hadiahnya tanya laa Cik Bulat yer ...

salam sayang,

sakinhani giveaway