Pages

Pahit Pengalaman Adalah Ubat Kehidupan...

Followers

Anda akan dijejaki!!!

Thursday, October 14

Kembali Normal

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

ada gaya macam nak baca berita tak? sempena bulan bahasa ni kan... hari ini aku ingin menggunakan bahasa melayu atau bahasa malaysia dengan sepenuhnya tanpa penggunaan ejaan pendek-pendek. aku tak ingat apekah perkataannya. harap maaf. sekarang aku nak menyanyi sikit... 
 mari laa mari rakyat semua buktikan taat setia dengan satu bahasa.... lalalala~~~ sila sambung menyanyi sendiri-sendiri yer kawan-kawan...
kembali kepada tajuk. apekah yang telah kembali normal? yang telah kembali normal di sini iaitu di blog saya ni adalah masa. macam jawab soalan bahasa melayu UPSR ye. saya tahu masa itu emas... setelah sekian lama baru beberapa hari yang lepas saya perasan masa di blog saya telah tersalah setkan oleh saya sendiri sebab ini adalah blog hamstercute12 saya. tapi oleh kerana perangai saya yang malas ini maka saya tangguhkan dulu niat untuk mengsetkan kembali masa di blog ini...


sebelom ini saya ucapkan selamat malam dengan selambanya di blog padahal masa yang dipaparkan adalah pagi... pengakuan yang sangat memalukan di situ. tapi apa boleh buat... terlajak perahu boleh diundur, tersalah set masa set la balik kan.. dan sekarang (penggunaan dan di permulaan ayat salah sama sekali) blog saya telah kembali normal mengikut masa di Malaysia tercinta ini. blog ini tidak lagi berada di lautan pasifik.


**********************************************************************************


isu seterusnya (masih ingat kata-kata pensyarah subjek ETIKA kalo tak salah: "kalo ada isu mestilah ada masalah. mana masalahnya? mana?). cukup-cukup laa merapu dan merepek.. 
sekarang ni saya nak memberitahu kepada blog yang saya sayangi bahawasanya pada malam ini saya sekali lg akan bertolak ke tanjung malim bersama-sama si kembar saya yang masih tidur saat ini... opss.. saya telah mengkantoikan dia...


tujuan ke sana adalah kerana majlis konvokesyen saya pada hari sabtu ini... saya pergi sehari awal untuk bergambar kenang-kenangan bersama-sama kawan-kawan seperjuangan saya... cik kembar akan menjadi jurugambar tidak bergaji. harap maklum...


dan harus laaa... saya juga akan berjumpa dengan encik ami saya pada petang esok... kita jumpa mesti sekejap je kan.. 


kalo ada kerajinan lagi, mungkin lepas konvo nanti saya nak tempek masukkan gambar-gambar saya di sini. saya suka bergambar walaupun gambar saya tak pernah lawa sebab saya bukanlah seorang gadis yang fotogedik fotogenik...


jumpa nanti ye blog ku sayang... sekian... terima kasih kepada sesiapa yang sudi singgah di sini...

motif gambar: nak tunjuk saya pakai inai... hehe..
 
p/s: saya sayang awak... haha.. tiba-tiba je kan... harap maaf kalo ada bahasa yang masih tidak dimelayukan dengan sempurna, jelas dan betul. masa SPM 2004 dulu saya hanya dapat A2 untuk kertas Bahasa Melayu. sangat kecewa. sekian...



saya sayang semua,

~@m!_L!y@~

sakinhani giveaway