Pages

Pahit Pengalaman Adalah Ubat Kehidupan...

Followers

Anda akan dijejaki!!!

Sunday, November 7

SUAI KENAL BLOGGER .. ANDA BERMINAT ?

Assalamualaikum... 

 header En. Ben yang simple but nice

Sambil-sambil tengok melodi ada lg entry nak dipos...

terima kasih buat blogger yang femes, rajen, dan sangat macho (tengok gmbr dia la) sebab sudi jugak follow blog saya yang tak seberapa ni kan... saya mengaku saya tak rajen macam anda yang berjaya post entry tiap-tiap hari tanpa miss.. memang kagum... hehe... 

"Cara hebahan paling mudah ialah menerusi entri" (Ben Ashaari)
Itu laa yang En. Ben cakap dalam entri tu. Aku pon memang berminat nak kenal-kenal ngan blogger laen jugak. kalo tak minat buat apa aku join kan...

Siapa atau mana-mana blogger yang rasa berminat sila laa jangan malu-malu dan segan-segan ke blog ENCIK BEN ni. Klik kat gmbar atas pon boleh.. Anda takkan jemu sebab ada jer entri baru yang akan muncul... Tak percaya pon kena percaya jugak...

Akhir kata, salam perkenalan buat semua blogger yang singgah sini... trimasSs...

Salam Sayang,


jom menyumbangkan suara...

Assalamualaikum... morning sume...

entry ni sepatutnya dipos semalam.. tapi disebabkan aku tak dapat mengawal laptop ni dengan sepenuhnya, so tak dapat laa nak buat entry.. kalo daa ta buat entry mestilah tak dapat jugak nak diposkan...

Kejadian yang berlaku dari senja sampai ke malam...  melalak bersama-sama... 3 beradik... aku, jaja, and ain...

mentang laa mak ngan abah tak de kat umah kan sebab balik kampung spupu kawen... so boleh laa kitorunk buat sesuka hatinya dengan melalak tak ingat dunia... ini versi karoke pakai lirik semata-mata tak memerlukan lagu.. hanya bakat membunyikan lagu yang tidak diketahui asal-usulnya rentak sebenarnya. bila dah semua saket tekak mencari-cari air kosong baru la ingat dunia nak berenti melalak dan menuruskan aktiviti duniawi masing-masing....

malamnya pulak mendapat msg dr seseorang yang dia nak pi karoke bersama rakan-rakannya. sapekah org itu? nanti aku tempek gambonya.. Nyanyi tak ingat dunia laa kot dia semalam.. Agak geram sebab mesej mcm tak dilayan.. Ada payong besar laa konon. Sape laa yang payongkan diorng karoke smalam smpai berejam-jam dok melalak kat karoke tu.. aku buat andaian sendiri je berjam-jam sebab mcm lama sangat..  apa laa enjoy sangat jadi lelaki ni kan. asal malam je kuar lepak. asal kuar lepak je kalo tak sampai pukul 2 3 pagi tak sah... ish3... 
ini laa dia.. sangat feeling masa menyanyi bulan lepas... walaupon dalam karoke jamban je. 
sb tg malim mna laa ade karoke bes kan...
...i like...
Tapi malam semalam memang hari berkaroke semalam laa kot sebab malam minggu kan... sape lagi yang menyumbangkan suara semalam??? sila jawab.. sila jawab...


****************************************************


Sebelum berlakunya sesi menyumbangkan suara nie, petang tu kami bertiga beradik berkeinginan untuk membuat puding roti caramel. So cik ain mencari resepi sambil aku golek-golek dalam selimut sebab kesejukan.. Aku pon tak sure dari blog mana ntah dia cakap dia amik resepi tu.. tapi pape pon thanx laa pada tuan yang buat resepi...  

Dalam kemalasan dan keterpaksaan, aku sebagai seorang kakak yang baik.. ehem2.. bangun laa jugak untuk bersama-sama buat puding roti...  Smpai kat dapur dapat plak idea nak buat puding roti dan coklat caramel.. nasib baek sume bahan daa ada kat dapur semalam... Hasilnya.. taraaaa.... nanti laa aku tunjuk dalam entry laen... Alhamdulillah menjadi. Cumanya kena tambahkan roti dan masak caramel sekejap je...

ptg ni diorang nak buat lagi.. kononnya nak suh mak rasa bila balik nanti... yang semalam pon ber3 je daa boleh abeskan... hebat kan adek beradek saya... ahaha... KOLESTEROL!!! KOLESTEROL!!! KOLESTEROL!!! cepat-cepat laa posting untuk mengurangkan kolesterol.. Makin lama kat rumah makin berkolesterol laaa diri ini....

p/s: Selamat Pengantin Baru kpd spupu aku, Kak Mek yang daa kawen... Alhamdulillah daa slamat semalam... Semoga bahagia dan ceria sokmo..


Sekian, Salam sayang

sakinhani giveaway